Rabu, 10 November 2010

TRONOH LAKETOWN

TRONOH LAKETOWN

Bangganya aku menjadi warga Tronoh sebab sikit masa lagi pecan Tronoh akan digelar Tronoh Laketown, kira macam China Town lak pulak kat USA. Ikuti laporan berita harian di bawah.


Perak akan mempunyai bandar universti yang berupaya menempatkan kapasiti 10,000 penduduk yang terdiri daripada warga universiti bertaraf antarabangsa di Bandar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar atau nama lamanya Tronoh, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata bandar universiti itu akan dikenali sebagai 'Tronoh Laketown' yang akan menempatkan pelbagai kemudahan pendidikan untuk penuntut universiti berkenaan."Projek yang bernilai RM4 bilion itu akan diselenggara oleh Petronas dan Putrajaya Holdings," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penjenamaan MRCB Land dan projek perumahan Puncak Iskandar di Bandar Seri Iskandar, semalam. Katanya pembentangan terakhir projek itu telah diluluskan kerajaan negeri dan pelaksanaanya akan dijalankan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata selain kemudahan pendidikan bandar itu juga akan dilengkapkan dengan teknologi terkini bagi kemudahan warganya."Saya mendapat makluman, pihak UTP telah menerima banyak permohonan daripada pelajar antarabangsa terutama dari Timur Tengah yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringat PhD," katanya. Dr Zambry juga berkata, pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MRCB Land di Seri Iskandar melalui projek Puncak Iskandar akan dapat menjana kawasan pertumbuhan baru dan membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat. Kerajaan negeri juga merancang menjadikan Perak Tengah, khususnya Seri Iskandar sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di Perak berikutan sudah wujud dua universiti utama iaitu UTP dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), katanya. Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Shahril Ridza Ridzuan berkata fasa kedua pembanguann Bandar Seri Iskandar yang dikenali Puncak Iskandar, melibatkan pembinaan sebanyak 1,200 unit rumah kediaman bercampur dan komersial. Katanya pembinaan fasa kedua dalam kawasan terbabit  dijangka mengambil tempoh antara lima dan enam tahun akan datang. Beliau berkata, untuk tempoh itu, MRCB akan melabur sejumlah RM100 juta untuk pembangunan hartanah kawasan berkenaan serta beberapa pembinaan infrastruktur lain. Katanya, pembangunan fasa kedua itu akan membabitkan kawasan tanah seluas 2,000 hektar di Perak Tengah yang menjadi laluan utama antara Ipoh-Lumut merangkumi pembangunan komersial, perindustrian, kediaman dan rekreasi. "Bandar Seri Iskandar dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020 dan Puncak Iskandar adalah produk terbaru di bawah naungan jenama MRCB Land," katanya.
Dasyat tak etikal kat atas tu so bangga sungguh rasanya aku jadi warga Tronoh. Lihatlah gambaran Tronoh Laketown kat bawah... susah nak cari kat Malaysia ni beb....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan