Rabu, 10 November 2010

PEKAN TRONOH DISERBU PENGARAH FILEM

FILEM KALA MALAM BULAN MENGAMBANG


Beberapa tahun kebelakangan ini TRONOH telah menjadi lokasi pengambaraan [kira nak jadi Planet Hollywood kut], banyak pengarah-pengarah dan penerbit suka akan suasana di Tronoh mungkin nampak klasik kut. Kalau buat film 60an tu memang sesuai sangat la. Pada tahun 2008 film Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid telah di buat di Tronoh. Masa tu memang penduduk Tronoh ni jadi tumpuan la, banyak jugak yg jadi pelakon ekstra. Bayaran pun boleh tahan ooo, RM300 sekali belakon, basikal tua bapak aku pun kena sewa, RM300 gak. Lokasi lakonan banyak kat pekan Tronoh so lalulintas masa tu memang jem gila sebab pengambaran. Jem kalah bandaraya kuala lumpur oooo.


FILEM LEFTENAN ADNAN
                                            Balai Polis Tronoh

Pengambaran film leftenan adnan arahan Aziz M. Osman lain lak ceritanya, mula-mula balai Polis Tronoh jadi sasaran [malkumlah kira balai polis tronoh ni lama la mcm cita bukit kepung] tapi last minit diorang tukar lak kat balai polis seputeh. Masa tu memang frust penduduk tronoh sebab tak dapat jadi pelakon ektra..... hahaha.... tu la serba sedikit tentang berita di pecan tronoh, apa macam best tak? Ok, lain kali sambung lak dengan cita lain.... bye bye


FILEM ANNA AND THE KING

Satu lagi filem yang menarik perhatian aku ialah filem Anna & The King lakonan Chow Yun Fat dan Jodie Foster. Filem tu antara filem termahal holywood ooooo, banyak babak telah dijalankan di asia termasuklah Malaysia. Aku bangga sekali sebab Tronoh sekali lagi jadi tumpuan selain pecan batu gajah dan ipoh padang. Kat Tronoh, lakonannya banyak kat komplek sukan air tronoh depan UTP dahulunya USM cawangan tronoh. Banyak gak org Tronoh jadi pelakon ekstra, sehari lakonan RM 80.00 oooooo. Tapi yang tak sedap tu sapa yang nak belakon kena botakkan kepala, so ramai gak yang botakkan kepala. Tapi yang lucu tu, diorang botakkan kepala untuk berlakon ekstra jadi sami Buddha, aku gelak tak ingat..... hahahhahaha...... kalau korang tengok filem tu, lokasinya kat atas kapal kira masa tu King [Chow Yun fat] tengat tgk laut tapi sebenarnya kat tasik je... kat tronoh la.... lepas tu diorang pergi shooting kat batu gajah lak, kat Cally casthel kut.... setakat tu je la yang aku tahu.... jumpa lagi bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan