Khamis, 18 November 2010

TRONOH fC

TRONOH fC 
Penubuhan Pasukan Bola Sepak Tronoh

Sejarah penubuhan Kelab Bola Sepak Tronoh (TRONOH92'). Asal penubuhan Kelab Bola Sepak Tronoh ada pada tahun 1960-an yang dulu nama pasukan bola sepak tronoh adalah TRONOH YOUNG TIGERS. Tetapi pada tahun 1985 kelab bola sepak Tronoh ditukar nama Kelab Bola Sepak Belia Tronoh menggabungkan beberapa Kg sekitar pekan Tronoh iaitu Kg. Merbau, Kg. Kurnia dan Kg. Serkai Jadi. Penubuhannya sungguh berjaya dan mendapat suntikan semangat dari beberapa pertubuhan kerajaan dan kementerian belia dan sukan. Kelab belia tersebut berperanan bukan sahaja dalam bidang sukan malah aktiviti kebajikan. Kelab belia telah diterajui oleh pemuda-pemuda harapan tronoh seperti Abg Nan cekco, Bedan, Pak Hassim, Abg agiz, Abg Meer, Cikgu Kamer dan byk lagi yang terlupa akan namanya. Kelab Belia tersebut bertahan sehinggalah pada tahun 1990 dan pada tahun 1990-1992 kelab belia tersebut telah patah kaki. Pada tahun 1992, muncul lah Mohd Isa (Abg Icut) cuba membangkitkan kelab belia tersebut. Alhamdulillah, kelab belia tersebut kembali berdiri atas nama Persatuan Bola Sepak Tronoh (TRONOH FC). Banyak aktiviti telah dijalankan tetapi aktiviti tersebut melibatkan aktiviti bola sepak dan ada juga aktiviti kebajikan. Antara aktiviti dijalankan ialah mengadakan pertandingan bola sepak 9 sebelah Tronoh FC (1999: Juara BOTA FC ),Perlawanan Persahabatan Kelab Belia Sg. Dua (1998 : Menang 2-0), perlawanan persahabatan dgn Kelab Bola sepak Pulau Pangkor (2000 : Menang 3-1), Perlawanan persahabatan dgn Kelab Bola Sg. Merab Bangi (2000 : Menang 3-1), pelawanan persahabatan dgn kelab Bola Sepak Cameran Highland (2001 : Menang 2-0) dan byk lagi perlawanan daripada kelab bola sepak sekitar ipoh pada setiap hujung minggu.

Pada tahun 2004, Tronoh FC telah banyak menyertai Liga-liga bola sepak sekitar perak antaranya ialah Liga Batu gajah (Ke-3 : 2000) dan Liga Batu gajah (Juara : 2001). Untuk makluman Tronoh FC telah memakai nama NAZA TONOH A dan NAZA TRONOH B dalam liga Batu gajah kerana Syarikt Naza Kia Motors telah sudi menaja Tronoh FC dalam liga tersebut.

Pada tahun 2004, Tronoh FC ditimpa muksibah kerana bebarapa pemain Tronoh FC ingin menarik diri daripada kelab atas alasan yang tidak munasabah tetapi diterima baik oleh presiden (Abg Icut). Tidak perlulah mengaibkan pemain tersebut kerana mereka juga anak jati Tronoh. Maka dengan itu Kelab Bola Sepak Tronoh FC berpecah kepada 2, TRONOH 92' (dianggotai pemain2x lama) dan TRONOH 04' (pemain pelapis). 2 pasukan tersebut membuat haluan masing-masing alhamdulillah nama TRONOH naik dan terkenal di sekitar daerah kinta dan daerah perak tengah. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pemain2x lama TRONOH 92' kerana budi yang dicurahkan untuk menaikkan nama Tronoh dan Tahniah juga kepada pasukan TRONOH 04' diatas kejayaan yang dicapai akhir-akhir ini. Saya wakil dari TRONOH 92' mengucapkan selamat maju jasa kepada pasukan TRONOH 04' dan diharap persahabatan akan kekal ke akhir hayat.

Nama-nama kenangan pasukan bola sepak TRONOH FC'92.
1.            ICUT (PRESIDEN) MOHD ISA
2.          PAK ASIM SUMAN DOTUSH
3.          BEDAN CEKCO
4.          AJID SEPUTEH
5.          E DAUD
6.          SHAH MANJO
7.           ATAN MAMAK
8.          ROSTAM MANJO
9.          BUNTAT (GK1)
10.        KINDIK DAUD
11.           HASNI DAUD
12.         PUAD
13.         LEMAN
14.         APIZ NGAH DARI (GK2)
15.         ALOY UMAH MURAH
16.         YOI POSMAN
17.         IJAI MANAP
18.         NIZAM SAHAK
19.         LAN PUTEK (Bt Gajah)
20.      LOBO (Pusing)
21.         TOLU (elly)
22.       LAN (Kg Bali)
23.       POWEI
24.       OMAR BALI
25.       ADI KLINIK
26.       ABOY WAN LELAN
27.       MEOR
28.       AWAI UMAH MURAH
29.       ANIS
30.      AMEER BOMBA
31.         ABG NAZIR
32.       ARIL KUSA (GK3)
33.       WAN DAHAM
34.       LONGJONG
35.       TROBANG ABG OMAR (KG BALI)
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan