Rabu, 15 Disember 2010

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH
           Aku masih ingat pada tahun 1994 Sukan Malaysia [SUKMA]. Pada masa tu Perak jadi tuan rumah, apa yang aku banggakan ialah tempat aku jadi venue salah satu acara sukan masa tu iaitu acara KAYAK. Dengar cita komplek sukan air tu dibina dengan anggaran harga 9 juta, banyak tu. Masa tu FINAL acara tu, Perak dapat pinggat gangsa masa tu. Bendry Dasril namanya, orang manjoi ipoh. Apa yang tak sedapnya masa balik dari tengok sukan tu aku lak kena saman ngan polis trafik, 5 saman tu. Masa tu kena saman dengan Nizam Sahak. Hahaha, dia 5 saman aku 5 saman. Tapi bukan pasal saman aku nak cita, aku nak cita pasal Komplek Sukan Air tronoh.
            Dengar ni, Komplek sukan air tronoh telah dibuka awal tahun 1994 iaitu atas alas an sukan Malaysia [SUKMA 94] di perak, pembinaannya dianggarkan 9 juta. Komplek tersebut boleh memuatkan hamper 1 ribu pengunjung siap dengan astakanya sekali. 9 bekas lombong bijih timah telah disatukan bagi menghasilkan komplek tu. Memang besar la, trek sepanjang 2 kilometer merupakan komplek sukan air yang terbesar di asia buat masa tu. Tapi apa yang menjadi tanya2 aku ialah, komplek itu telah dijadikan satu komplek gajah puteh dan terbiar di situ. Banyakkan hamper 9 juta pembinaanya tapi gajah putih juga jadinya. Komplek tersebut terbiar dari tahun 1996 hingga sekarang. Apa inisiatif kerajaan terhadap komplek tu, sayang seribu kali sayang. Komplek sukan tu sebelum ni memang meriah, sekitar tahun 1995 – 1996 memang banyak acara dilakukan di sana iaitu Pertandingan JetSky Kebangsaan, Pertandingan Polo dan sebagainya. Tapi semua tu hanya sementara tambahan lagi satu lagi komplek sukan air telah dibina di Putrajaya, komplek sukan air tronoh ibarat jatuh ditimpa tangga. Baru2 ni aku balik kg dan kawasan tu telah pun dipagar, dengan kata komplek tu lepah diserahkan kepada UTP Petronas, kalau mcm tu Alhamdulillah. Mesti cantik lepas ni, ramai la penduduk tronoh dapat beriadah disitu. Aku harap komplek tu dapat di baik pulih dah dapat menjadi salah satu venue terbaik acara sukan air di Malaysia.
Sorry la, aku cita pasal komplek ni panjang sikit sebab dulu aku atlit sukan air perak pada sukma 96 di Pahang so sedih tengok tempat bermain dibiarkan.
KOMPLEK SUKAN AIR DI PUTRAJAYA
SUKMA 96 DI TASIK PAYA BUNGOR PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 96 DI PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 94 PERAK
(GAMBAR DIAMBIL DI GRANDSTAND KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH)

TAHUKAH ANDA DI TRONOH ADA SEBUAH UNIVERSITI TERSOHOR DI DUNIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Tahukah anda di Tronoh ada sebuah Universiti yang tersohor di dunia. Universiti Teknologi Petronas mula beroperasi sekitar tahun 1999 dan ianya merupakan tapak Universiti Sains Malaysia cawangan Tronoh. Tetapi sekitar tahun 1999 ia mula dipindahkan berperingkat ke parit buntar mungkin dekat sikit kut ngan USM HQ di Pulau Pinang.  UTP (Universiti Teknologi Petronas) mula berubah sekitar tahun 2000 hingga sekarang. Banggunan yang canggih telah terbina, dasyat2.
Disini aku sertakan gambar UTP yang canggih tu.
First masa saya datang sini saya kagum sangat lah dengan design bangunan-bangunan di sini yang agak menakjubkan especially our Chansellor Hall. Cuba tengok ni my Chansellor Hall.

Our Chansellor Hall. Majlis Konvokesyen buat kat sini, seminar-seminar selain buat diundercroft buat kat sini. Malah yang paling segar dalam ingatan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pon penah buat dalam ni.

Ini pula Masjid An-Nur. Memang cantik terutama rekabentuk dalamannya.
Bila time Solat Tarawikh penuh sangat lah masjid ni. 

Ini pula Library. Kami panggil IRC. Beribu-ribu buku ada dalam ni. Samada rajin or tak je nak masuk sini. Tapi time study week memang ramai kat sini. 
Open biasanya sampai 10 malam tapi kalau minggu study week buka sampai pukul 12 malam.
Library ni terletak berhadapan dengan Chansellor Hall. 

Sabtu, 4 Disember 2010

TRONOH ENTERPRISE


TRONOH ENTERPRISE

PENGIMPAL PROFESIONAL
Ha, ini aku nak cita sikit pasal Muhammad Shah Bin Hamzah. Jangan ingat Kg Serkai jadi takde orang yang pakar dalam bidang kimpalan. Ni dia orangnya. Namanya Muhammad Shah b hamzah atau nama di kg dipanggil Shah manjo. Dia nimemang biasa dengan dunia perniagaan. Bapanya dulu seorang peniaga. Shah manjo ni bukan setakat tahu mengimpal je tapicukup pandai main badminton, kalau kat area perak tengah tu sure ramai yang kenal. Shah manjo ni mempunyai 4 orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan. Beliau ada ke3 dari 4 beradik. Sebelum memulakan perniagaan buat grill dan sebagainya, beliau telah mencuba banyak perniagaan antaranya buka kedai buah-buahan kat pasar malam dan ada kedai kat tepi jalan betul-betul kat simpang jalan masuk tronoh. Itu cerita dulu la, masa tu aku pun ada kerja ngan dia. Kerja aku makan buah-buhan dia sambil tu tolong-tolong la apa yang patut... Shah ni mempunyai seorang abg bernama Rostam, rostam ni memang bijak orangnya sampai belajar ke luar negeri ke Austria. Jauh tu, bila la aku nak sampai kat sana.. Tujuan aku tulis pasal Shah manjo ni adalah semata-mata nak tolong promosi bisnes dia iaitu membuat grill dan banyak lagi. Nanti bila aku beli umah kat sri iskandar leh la dapat diskaun sikit. Hahahha... Shah ni dulunya bersekolah kat Sek.Men.Vokasional kat Sri Iskandar dalam kursus Binaan Banggunan (BB). Kira dia ni memang terer la buat rumah.
               Muhammad Shah Bin Hamzah mula belajar mengimpal tak tahu tahun berapa tapi memang lama dah, rasa aku bapak saudara dia yang ajar kat taman perpaduan Tambun. Bapak sedara dia ni memang bisnes gak so lama kelamaat mungkin oleh kerana minat dia try buat bisnes Alhamdulillah nampaknya memang Berjaya. Mula-mula dia buat kat umah je tapi bila aku balik kg yuhoo dia dah ada bengkel sendiri buat sendiri lak tu kat sebelah umah dia. Memang besar la bengkel dia siap kat dalam opis leh ada karaoke tu. Kadang-kadang bila balik kg aku joint la sekali.
               Jadiapa lagi, Kalau berminat leh la Call dia sendiri di talian 016-4153682 [MUHAMMAD SHAH BIN HAMZAH].

Isnin, 22 November 2010

BAGIO DAMASUTRA ORANG TRONOH RUPANYA

BAGIO DAMASUTRA ORANG TRONOH !!!!!!


Jangan terkejut, vokalis kumpulan rock 90an iaitu DAMASUTRA iaitu BAGIO sebenarnya berasal dari Kg Serkai Jadi, Tronoh.  Bagio atau nama sebenarnya Bahagia memng berasal dari Tronoh tapi malangnya semasa kecilnya bagio telah kehilangan kedua orang tuanya dan dia dibesarkan oleh kakak dan abgnya di Kuala Lumpur. Bagio memang pencinta Kg, hamper setiap tahun Bagio akan pulang ke Kg Serkai Jadi berjumpa sanak saudara. Rumah Bagio terletak dihujung Kg dan tiada berpenghuni, kira nak jadi rumah hantu dah..hahahhahaha... Warga Kg Serkai Jadi Tronoh mendoakan kesejahteraan Bagio hingga akhir hayat dan moga dia tidak lupakan kg halamannya.

SIAPA PELUMBA CUP PRINT PETRONAS TRONOH

SIAPA PELUMBA CUP PRINT TRONOH?

NORIZMAN ISMAIL (TENGAH)

Norizman Ismail !!!! Kenal tak? Beliau adalah pelumba handalan Negara masa kini. Banyak kejuaraan telah nimenanginya. Mana taknya masa kecil dulu bila norizman balik kg pasti warga kg serkai jadi terkejut sebab masa umur 4 tahun dah mula bawa motor. Ingat lagi pada satu masa, heboh orang kg kata sebuah van berjalan tanpa pemandu rupa-rupanya itu kerja Norizman. Dasyat budak ni masa kecil. Sebenarnya bapa Norizman berasal dari banting Selangor dan dibesarkan disana dan Ibunya berasal dari Kg Serkai jadi Tronoh. Memang Norizman manja dengan neneknya dan neneknya digelar Nosari masih menetap di kg. Boleh kata Norizman ni bila raya selalu balik kg la sebab sepupu dan member lama banyak lagi di kg ni. Tahniah Norozman sikit sebanyak ada darah anak jadi kg serkai jadi Tronoh. Warga kg mendoakan kesejahteraan kamu. Amin

LOLOQ THE CANOPY MAN

LOLOQ THE CANOPY MAN

Siapa sangka Abg Loloq anak kepada Almarhum Tok Bahagi Jambang dahulunya pengembala kerbau bertukar kerja menjadi bisness man terkenal Kg Serkai Jadi. Abg Loloq ada seorang anak jadi kg serkai jadi dilahirkan tak pasti dimana dahulunya adalah seorang remaja yang biasa sahaja. Masih ingat lagi masa kenduri ntah bila heboh motorsikal abg loloq dicuri tak tahu dimana. Mungkin takde rezeki la kut. Dihari itu dilihat abg loloq terus berusaha untuk masa hadapan. Bapa abg loloq namanya tok bahari jambang memang terkenal dengan pengembala kerbau, memang banyak kerbaunya. Kalu raya haji memang tak putus-putus orang beli… gimik je… nak cita pasala abg loloq je..
Abg Loloq sebenarnya berkerja dengan Porest [Jabatan hutan kut] telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak kut. Tak pasti. Abg Loloq ni memang dihormati di kg kerja sikap peramah dan muka tak pernah masam asyik senyum je ngan orang membuatkan orang kg selesa dengannya. Macam tu la hidup berjiran, ia tak.
Baru-baru ni aku balik kg terkejut gak aku melihat anak jati kg serkai jadi dah mula berjinak-jinak dengan dunia bisness. Bisness macam orang lain gak tapi memang Nampak maju mungkin dengan sikap tak berkira abg loloq dan sikap peramahnya. Tahu taka pa bisnes nye, Abg Loloq membuka perniagaaan Canopy, sebab itu lah aku gelar dia Canopyman.. hahaha..sesuai tak nama tu. Tujuan aku tulis pasal dia ni ialah semata-mata untuk mempromosikan bisnes abg loloq. Mana la tahu bila nak pakai nanti dapat murah sikit.. hahhaha. So pada sesiapa nak pakai Canopy boleh la runding ngan Abg Loloq, harga boleh kauteam punya janji mau jadi….Rasanya kerbau pun ada jual, korang nak tahu korang hubungi la sendiri ok. Kalau berminat leh email kepada lolok_chikung@yahoo.com. dan facebook lolok chikung No tel aku tak dapat lagi nanti aku update. Sekian,




Ahad, 21 November 2010

SAPA PUN TAK PERASAN



SAPA PUN TAK PERASAN
Siapa sangka dan siapa perasan Isteri Mus [Vokalis Kumpulan Rock kapak Malaysia –MAY] berasal dari Kg Serkai jadi Tronoh. Suraya Bahari namnya. Rasanya dah berbelas tahun diorang kawin dan setakat ni masih kekal. Diorang ni boleh jadi artis contoh kerana setakat ni Allah memang sayangkan mereka. Warga Tronoh adan mendoakan kesejahteraan Mereka, Insyallah. Suraya Bahari adalah berasal dari Kg Serkai Jadi  Tronoh dan berketurunan Tolu Totoq. Beliau bersekolah di SMT tronoh kalau tak silap la. Adik beradiknya terdiri daripada Acoi, Fadhil, Munir sapa lagi erk lupa lak… Sapa sangka orang tolu totoq berkahwin dengan artis popular pulak tu. Tapi aku puji Mus sebab bila kat kg langsung tak mcm artis kira low profile la.. Memang Ok la Mus ni.. Masa diorang kawin, aku tak ingat tahunnya. Masa tu kira kg serkai jadi tu gempak sekejap la. Ramai gila artis dating, semua ahli kumpulan May dan Search dating, memang gepak la. Masa tu la aku nak lihat artis-artis pujaan dari dekat… memang gempang. Malam tu lak ada kugiran, kugiran kg aku lak tu. Semua nak tunjuk hebat la masa tu tapi memang hebat pun. Semoga Suraya Bahari dan Mus May berbahagian hingga akhir hayat. Amin..