Rabu, 15 Disember 2010

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH
           Aku masih ingat pada tahun 1994 Sukan Malaysia [SUKMA]. Pada masa tu Perak jadi tuan rumah, apa yang aku banggakan ialah tempat aku jadi venue salah satu acara sukan masa tu iaitu acara KAYAK. Dengar cita komplek sukan air tu dibina dengan anggaran harga 9 juta, banyak tu. Masa tu FINAL acara tu, Perak dapat pinggat gangsa masa tu. Bendry Dasril namanya, orang manjoi ipoh. Apa yang tak sedapnya masa balik dari tengok sukan tu aku lak kena saman ngan polis trafik, 5 saman tu. Masa tu kena saman dengan Nizam Sahak. Hahaha, dia 5 saman aku 5 saman. Tapi bukan pasal saman aku nak cita, aku nak cita pasal Komplek Sukan Air tronoh.
            Dengar ni, Komplek sukan air tronoh telah dibuka awal tahun 1994 iaitu atas alas an sukan Malaysia [SUKMA 94] di perak, pembinaannya dianggarkan 9 juta. Komplek tersebut boleh memuatkan hamper 1 ribu pengunjung siap dengan astakanya sekali. 9 bekas lombong bijih timah telah disatukan bagi menghasilkan komplek tu. Memang besar la, trek sepanjang 2 kilometer merupakan komplek sukan air yang terbesar di asia buat masa tu. Tapi apa yang menjadi tanya2 aku ialah, komplek itu telah dijadikan satu komplek gajah puteh dan terbiar di situ. Banyakkan hamper 9 juta pembinaanya tapi gajah putih juga jadinya. Komplek tersebut terbiar dari tahun 1996 hingga sekarang. Apa inisiatif kerajaan terhadap komplek tu, sayang seribu kali sayang. Komplek sukan tu sebelum ni memang meriah, sekitar tahun 1995 – 1996 memang banyak acara dilakukan di sana iaitu Pertandingan JetSky Kebangsaan, Pertandingan Polo dan sebagainya. Tapi semua tu hanya sementara tambahan lagi satu lagi komplek sukan air telah dibina di Putrajaya, komplek sukan air tronoh ibarat jatuh ditimpa tangga. Baru2 ni aku balik kg dan kawasan tu telah pun dipagar, dengan kata komplek tu lepah diserahkan kepada UTP Petronas, kalau mcm tu Alhamdulillah. Mesti cantik lepas ni, ramai la penduduk tronoh dapat beriadah disitu. Aku harap komplek tu dapat di baik pulih dah dapat menjadi salah satu venue terbaik acara sukan air di Malaysia.
Sorry la, aku cita pasal komplek ni panjang sikit sebab dulu aku atlit sukan air perak pada sukma 96 di Pahang so sedih tengok tempat bermain dibiarkan.
KOMPLEK SUKAN AIR DI PUTRAJAYA
SUKMA 96 DI TASIK PAYA BUNGOR PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 96 DI PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 94 PERAK
(GAMBAR DIAMBIL DI GRANDSTAND KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan