Rabu, 15 Disember 2010

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH

KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH
           Aku masih ingat pada tahun 1994 Sukan Malaysia [SUKMA]. Pada masa tu Perak jadi tuan rumah, apa yang aku banggakan ialah tempat aku jadi venue salah satu acara sukan masa tu iaitu acara KAYAK. Dengar cita komplek sukan air tu dibina dengan anggaran harga 9 juta, banyak tu. Masa tu FINAL acara tu, Perak dapat pinggat gangsa masa tu. Bendry Dasril namanya, orang manjoi ipoh. Apa yang tak sedapnya masa balik dari tengok sukan tu aku lak kena saman ngan polis trafik, 5 saman tu. Masa tu kena saman dengan Nizam Sahak. Hahaha, dia 5 saman aku 5 saman. Tapi bukan pasal saman aku nak cita, aku nak cita pasal Komplek Sukan Air tronoh.
            Dengar ni, Komplek sukan air tronoh telah dibuka awal tahun 1994 iaitu atas alas an sukan Malaysia [SUKMA 94] di perak, pembinaannya dianggarkan 9 juta. Komplek tersebut boleh memuatkan hamper 1 ribu pengunjung siap dengan astakanya sekali. 9 bekas lombong bijih timah telah disatukan bagi menghasilkan komplek tu. Memang besar la, trek sepanjang 2 kilometer merupakan komplek sukan air yang terbesar di asia buat masa tu. Tapi apa yang menjadi tanya2 aku ialah, komplek itu telah dijadikan satu komplek gajah puteh dan terbiar di situ. Banyakkan hamper 9 juta pembinaanya tapi gajah putih juga jadinya. Komplek tersebut terbiar dari tahun 1996 hingga sekarang. Apa inisiatif kerajaan terhadap komplek tu, sayang seribu kali sayang. Komplek sukan tu sebelum ni memang meriah, sekitar tahun 1995 – 1996 memang banyak acara dilakukan di sana iaitu Pertandingan JetSky Kebangsaan, Pertandingan Polo dan sebagainya. Tapi semua tu hanya sementara tambahan lagi satu lagi komplek sukan air telah dibina di Putrajaya, komplek sukan air tronoh ibarat jatuh ditimpa tangga. Baru2 ni aku balik kg dan kawasan tu telah pun dipagar, dengan kata komplek tu lepah diserahkan kepada UTP Petronas, kalau mcm tu Alhamdulillah. Mesti cantik lepas ni, ramai la penduduk tronoh dapat beriadah disitu. Aku harap komplek tu dapat di baik pulih dah dapat menjadi salah satu venue terbaik acara sukan air di Malaysia.
Sorry la, aku cita pasal komplek ni panjang sikit sebab dulu aku atlit sukan air perak pada sukma 96 di Pahang so sedih tengok tempat bermain dibiarkan.
KOMPLEK SUKAN AIR DI PUTRAJAYA
SUKMA 96 DI TASIK PAYA BUNGOR PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 96 DI PAHANG

PERSIAPAN KE SUKMA 94 PERAK
(GAMBAR DIAMBIL DI GRANDSTAND KOMPLEK SUKAN AIR TRONOH)

TAHUKAH ANDA DI TRONOH ADA SEBUAH UNIVERSITI TERSOHOR DI DUNIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Tahukah anda di Tronoh ada sebuah Universiti yang tersohor di dunia. Universiti Teknologi Petronas mula beroperasi sekitar tahun 1999 dan ianya merupakan tapak Universiti Sains Malaysia cawangan Tronoh. Tetapi sekitar tahun 1999 ia mula dipindahkan berperingkat ke parit buntar mungkin dekat sikit kut ngan USM HQ di Pulau Pinang.  UTP (Universiti Teknologi Petronas) mula berubah sekitar tahun 2000 hingga sekarang. Banggunan yang canggih telah terbina, dasyat2.
Disini aku sertakan gambar UTP yang canggih tu.
First masa saya datang sini saya kagum sangat lah dengan design bangunan-bangunan di sini yang agak menakjubkan especially our Chansellor Hall. Cuba tengok ni my Chansellor Hall.

Our Chansellor Hall. Majlis Konvokesyen buat kat sini, seminar-seminar selain buat diundercroft buat kat sini. Malah yang paling segar dalam ingatan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pon penah buat dalam ni.

Ini pula Masjid An-Nur. Memang cantik terutama rekabentuk dalamannya.
Bila time Solat Tarawikh penuh sangat lah masjid ni. 

Ini pula Library. Kami panggil IRC. Beribu-ribu buku ada dalam ni. Samada rajin or tak je nak masuk sini. Tapi time study week memang ramai kat sini. 
Open biasanya sampai 10 malam tapi kalau minggu study week buka sampai pukul 12 malam.
Library ni terletak berhadapan dengan Chansellor Hall. 

Sabtu, 4 Disember 2010

TRONOH ENTERPRISE


TRONOH ENTERPRISE

PENGIMPAL PROFESIONAL
Ha, ini aku nak cita sikit pasal Muhammad Shah Bin Hamzah. Jangan ingat Kg Serkai jadi takde orang yang pakar dalam bidang kimpalan. Ni dia orangnya. Namanya Muhammad Shah b hamzah atau nama di kg dipanggil Shah manjo. Dia nimemang biasa dengan dunia perniagaan. Bapanya dulu seorang peniaga. Shah manjo ni bukan setakat tahu mengimpal je tapicukup pandai main badminton, kalau kat area perak tengah tu sure ramai yang kenal. Shah manjo ni mempunyai 4 orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan. Beliau ada ke3 dari 4 beradik. Sebelum memulakan perniagaan buat grill dan sebagainya, beliau telah mencuba banyak perniagaan antaranya buka kedai buah-buahan kat pasar malam dan ada kedai kat tepi jalan betul-betul kat simpang jalan masuk tronoh. Itu cerita dulu la, masa tu aku pun ada kerja ngan dia. Kerja aku makan buah-buhan dia sambil tu tolong-tolong la apa yang patut... Shah ni mempunyai seorang abg bernama Rostam, rostam ni memang bijak orangnya sampai belajar ke luar negeri ke Austria. Jauh tu, bila la aku nak sampai kat sana.. Tujuan aku tulis pasal Shah manjo ni adalah semata-mata nak tolong promosi bisnes dia iaitu membuat grill dan banyak lagi. Nanti bila aku beli umah kat sri iskandar leh la dapat diskaun sikit. Hahahha... Shah ni dulunya bersekolah kat Sek.Men.Vokasional kat Sri Iskandar dalam kursus Binaan Banggunan (BB). Kira dia ni memang terer la buat rumah.
               Muhammad Shah Bin Hamzah mula belajar mengimpal tak tahu tahun berapa tapi memang lama dah, rasa aku bapak saudara dia yang ajar kat taman perpaduan Tambun. Bapak sedara dia ni memang bisnes gak so lama kelamaat mungkin oleh kerana minat dia try buat bisnes Alhamdulillah nampaknya memang Berjaya. Mula-mula dia buat kat umah je tapi bila aku balik kg yuhoo dia dah ada bengkel sendiri buat sendiri lak tu kat sebelah umah dia. Memang besar la bengkel dia siap kat dalam opis leh ada karaoke tu. Kadang-kadang bila balik kg aku joint la sekali.
               Jadiapa lagi, Kalau berminat leh la Call dia sendiri di talian 016-4153682 [MUHAMMAD SHAH BIN HAMZAH].